comscore
Tumpuan :
Sukan

MASTERS MALAYSIA 2023: Kesemua beregu campuran negara tewas di pusingan pertama

FOTO: BAM

KUALA LUMPUR: Hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan sekurang-kurangnya satu wakil beregu campuran negara mara ke pusingan kedua saingan badminton Masters Malaysia 2023 tidak kesampaian apabila kesemua empat pasangan tewas seawal pusingan pertama, hari ini.

Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang turun selaku pilihan kelima dipaksa bekerja keras sebelum tunduk kepada pasangan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 19-21, 21-18, 12-21.

Beregu campuran meningkat naik negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga tunduk kepada pasangan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 20-22, 21-11, 15-21.

Chan Peng Soon yang bergandingan dengan Cheah Yee See pula tewas kepada pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 8-21, 15-21.

Terdahulu, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang turun paling awal di Axiata Arena ditunjukkan jalan keluar selepas kalah kepada Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran dari Thailand, 20-22, 20-22.

Loading...
Terkini