comscore
Tumpuan :
Sukan

MBBF gesa Mike belajar dulu bab pentadbiran sebelum jadi jurulatih

Ahmad Badrus (dua dari kanan) menyerahkan cenderahati potret serta surat pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bina Badan dan Fizik MBBF kepada Mike Mahen, hari ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Mejar Jeneral (B) Datuk Dr Ahmad Badrus Othman mahu juara enam kali Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah berkecimpung dalam dunia pentadbiran terlebih dahulu, sebelum meneruskan hasrat selaku jurulatih kebangsaan.

Hari ini, Syarul Azman atau lebih dikenali dengan panggilan Mike Mahen secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada dunia bina badan dan meluahkan keinginannya  untuk bergelar jurulatih.

Bagaimanapun, ia tidak mungkin akan direalisasikan dalam tempoh terdekat dan perlu menunggu satu atau dua tahun lagi untuk terbabit dalam bidang itu.

“Untuk menjadi jurulatih bukan semudah itu. Saya mahu dia belajar selok belok dunia pentadbiran terlebih dahulu,” kata Ahmad Badrus sambi menjelaskan atas sebab itu MBBF menawarkan Mike jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bina Badan dan Fizik MBBF.

“Kita bagi dia tempoh dulu mungkin setahun atau dua sebelum dilantik sebagai jurulatih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena persaraan Mike Mahen, hari ini.

Ahmad Badrus berkata, pengalaman Mike Mahen cukup bernilai dan pihaknya akan menggunakannya sebagai ikon sukan berkenaan dan pengalamannya  boleh dicurahkan kepada atlet lain dan mengembangkannya dalam dunia pentadbiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini