comscore
Tumpuan :
Sukan

Rayuan ditolak, Melaka United FC dan Sarawak United FC tidak layak beraksi dalam Liga Super 2023

Melaka, Sarawak disingkirkan daripada saingan Liga Malaysia mulai musim depan.

Oleh: Fariz Zolkarnain

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) hari ini menolak rayuan Melaka United FC (MUFC) dan Sarawak United FC (SUFC) untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah kepada pasukan terlibat.

Ini sekaligus menyaksikan MUFC dan SUFC tidak layak beraksi dalam Liga Super musim depan.

AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022.

Ia selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL edisi 2022.

Untuk rekod, permohonan MUFC dan SUFC sebelum ini ditolak kerana tidak memenuhi kriteria kewangan dan kesukanan yang ditetapkan MFL.

Perkembangan terbaharu ini juga menyaksikan hanya 16 pasukan yang berjaya mendapatkan lesen kebangsaan akan bertanding dalam Liga Super musim 2023.

16 pasukan itu terdiri daripada 10 pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier musim ini.

Pasukan-pasukan itu adalah Johor Darul Ta’zim (JDT), Sri Pahang FC, Terengganu FC, Penang FC, Selangor FC, Negeri Sembilan FC, Sabah FC, Petaling Jaya City FC, Kuala Lumpur City FC, Kedah Darul Aman FC, Kelantan FC, UiTM FC, Perak FC, Kelantan United FC, Kuching City FC dan PDRM FC.

Loading...
Terkini