comscore
Tumpuan :
Sukan

 Messi Akhirnya Atasi Rekod Supermokh

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Bintang Argentina, Lionel Messi akhirnya mengatasi rekod jaringan legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari di peringkat antarabangsa.

Messi meledak dua gol pada penghujung perlawanan ketika membantu pasukan negaranya menewaskan Jamaica 3-0 dalam aksi persahabatan, Rabu lalu.

Jaringan pada minit ke-86 dan 89 menyaksikan pemain Paris Saint Germain (PSG) itu mengumpul 90 gol dan merampas kedudukan ketiga dalam carta penjaring sepanjang zaman daripada Mokhtar.

Mohktar yang turut digelar Supermokh jatuh ke tangga keempat dalam carta itu dengan merekodkan 89 gol di peringkat antarabangsa.

Kedudukan teratas carta penjaring sepanjang zaman dihuni bintang Portugal, Cristiano Ronaldo yang meledak 117 gol, manakala Ali Daei dari Iran berada di tangga kedua dengan 109 gol.Ferenc Puskas (Hungary) dan Sunil Chhetri (India) yang mengumpul 84 gol pula berkongsi tempat kelima.–BERITA HARIAN

Loading...
Terkini