comscore
Tumpuan :
Sukan

Messi antara calon rebut trofi Ballon d’Or

 

Kapten Argentina, Lionel Messi mengucup trofi Piala Dunia selepas mengatasi Perancis pada final di Stadium Lusail, Qatar pada 18 Disember lalu. – Foto: REUTERS

ZURICH: Penyerang Argentina Lionel Messi antara calon yang bakal merebut trofi Ballon d’Or, demikian umum penganjur majalah France Football awal pagi tadi.

Pemenang tujuh kali itu yang beraksi untuk Inter Miami, membawa Argentina muncul juara Piala Dunia di Qatar pada Disember lalu iaitu kejayaan pertama mereka sejak 1986.

Bintang Portugal Cristiano Ronaldo yang memenangi anugerah itu sebanyak lima kali bagaimanapun tidak tersenarai kali buat pertama dalam tempoh 20 tahun.

Turut tersenarai, penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland  dan penyerang Paris St Germain Kylian Mbappe.

Pemain Barcelona Alexia Putellas yang dinobatkan pemenang kategori wanita sejak dua tahun lalu juga tidak dicalonkan manakala dua pemain Chelsea Sam Kerr dan Millie Bright tersenarai antara 30 calon wanita bersama Aitana Bonmati (Barcelona) yang membantu Sepanyol menjuarai Piala Dunia bulan lalu.

Anugerah unutk pemain terbaik dunia lelaki dan wanita akan disampaikan pada 30 Oktober depan. – REUTERS

Loading...
Terkini