comscore
Tumpuan :
Sukan

MFL akan bentuk jawatankuasa kendali FFP

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa akan dibentuk bagi mengendalikan ‘Financial Fair Play’ (FFP) yang akan dilancarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL)  tidak lama lagi.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, FFP bakal dijadikan instrumen baharu dalam mengekang isu tunggakan gaji yang sering membelenggu beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M).

Katanya, jawatankuasa berkenaan bakal dianggotai beberapa individu agar ia bergerak secara bebas dan tegas.

“FFP ini akan ada satu jawatankuasa, ada beberapa badan lagi menilai dan sebagainya berkenaan dokumentasi dan sebagainya.

Datuk Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MFL) akan mengadakan sekretariat bebas di peringkat MFL,” katanya.

Sebagai rekod, FFP adalah satu mekanisme ke arah kawalan ke atas perbelanjaan kelab untuk memastikan akaun kelab kekal sihat daripada hutang melampau.

Ia juga membantu kelab supaya lebih cekap dalam menguruskan perbelanjaan dan tidak mengikut emosi terutama dalam mengikat pemain.

Di Eropah misalnya, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menekankan dua elemen penting dalam FFP iaitu pertama, semua kelab wajib meletakkan paras gaji setiap pemain di bawah paras 70 peratus (%) daripada pendapatan kelab, di mana gaji pemain ini tertakluk di bawah hutang keseluruhan.

Manakala perkara kedua adalah hutang keseluruhan kelab tidak melebihi 80 peratus daripada pendapatan kelab bagi menjamin kelancaran pengurusan untuk sepanjang musim.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini