KUALA LUMPUR: Skuad FAM eRimau negara berada dalam kelas tersendiri apabila Ahmad Muhaimin muncul juara edisi sulung Piala Dunia eFIFA 2024 dalam kategori mobile eFootball.
Ahmad Muhaimin atau lebih dikenali sebagai Minbappe mengalahkan pemain Maghribi, AN10_Tienes dalam perlawanan sengit 3-0 pada aksi pertama dan 2-0 pada aksi kedua dan terakhir.
Indonesia pula muncul juara Piala Dunia eFIFA 2024 menggunakan console bagi permainan eFootball keluaran KONAMI itu.
Kejohanan itu berlangsung dari 5 Disember hingga semalam di Riyadh, Arab Saudi yang turut menampilkan permainan Rocket League.
Secara keseluruhan, 18 negara bersaing pada kejohanan sulung Piala Dunia eFIFA menggunakan console dalam pertandingan dua lawan dua dan 16 negara dalam edisi mobile satu lawan satu.
Malaysia menghantar empat wakil – Mohamad Danish Hakim Nor Azam, Mohamad Norhaikal Mohamad Noh, Muhammad Hariz Hazmi Hakimi dan Ahmad Muhaimin.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.