PETALING JAYA: Mesti menang atau lupakan sahaja hasrat untuk meneruskan kemaraan ke separuh akhir Trofi Juara-Juara (ACT) 2024.
Hakikat itu seharusnya sudah terpatri di dada setiap pemain hoki kebangsaan bimbingan Sarjit Singh menjelang aksi terakhir kumpulan menentang Korea Selatan esok.
Penampilan ‘The Speedy Tigers’ pada saingan ACT di Moqi China memang tampak kurang menyengat kali ini.
Bermula dengan keputusan seri 2-2 menentang Pakistan, Malaysia tewas 2-4 pada aksi berikutnya menentang tuan rumah.
Derita skuad negara terus berpanjangan apabila dibelasah 8-1 oleh India pada aksi keempat.
Mujurlah Malaysia bangkit menundukkan Jepun dengan kemenangan tipis 5-4 pada perlawanan kelima.
Kemenangan yang kembali menyemarakkan harapan negara ke separuh akhir.
Cuma situasi berbeza menentang Korea Selatan yang dikendalikan Min Tae Seok esok, memang agak merisaukan berdasarkan 35 pertemuan di antara kedua-dua pasukan dengan Malaysia menang 11 kali berbanding Korea Selatan, 19 kali.
Antara kepincangan yang ketara dan mesti diatasi ialah kelemahan barisan pertahanan yang bolos 18 gol meskipun jentera serangan mampu menghasilkan sepuluh gol selepas lima pertawanan.
Aksi ‘The Speedy Tigers’ menentang Korea Selatan esok, dijadual berlangsung jam 1.30 petang waktu Malaysia.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.