PETALING JAYA: Datuk Mohd Najeeb Abdullah secara rasmi dilantik sebagai Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) yang baharu selepas 50 tahun pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di sini hari ini.
Mohd Najeeb, penyandang Timbalan Presiden yang menang tanpa bertanding, berkata cabaran terbesarnya selepas ini adalah untuk meningkatkan lagi prestasi skuad negara.
“Kita sedang merencanakan beberapa perancangan untuk kita mencipta kegemilangan yang lebih baik pada masa akan datang. Kami juga yakin mampu melahirkan lebih ramai atlet baharu bertaraf dunia pada masa akan datang,” katanya pada sidang mediaselepas pemilihan itu.
Untuk rekod, jawatan Presiden MTBC sebelum ini disandang oleh pengasasnya mendiang Datuk Dr P S Nathan sebelum melepaskan jawatannya itu pada Mei lalu.
Dr Nathan meninggal dunia pada 22 Sept lepas pada usia 90 tahun.
Barisan Kepimpinan MTBC 2024-2026
Presiden: Datuk Mohd Najeeb Abdullah
Timbalan Presiden: Sunny Si Poh Heng
Naib Presiden Mengikut Zon:
Datuk Shalin Zulkifli (Selangor); Hidzir Ahmad (Kedah); Mazlan Said (Melaka); Zamzuriadi Shamsudin (Pahang); Rozzainny Sham Talip (Sabah);Robert Lu Nam Min (Sarawak).
Setiausaha: Maradona Chok
Bendahari Kehormat: Choo Yew Kuen
— BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa