comscore
Tumpuan :
Sukan

Momota ketuai cabaran Jepun

Momota memperlihatkan peningkatan prestasi selepas mengalami kecederaan panjang akibat kemalangan jalan raya di Malaysia pada Januari 2020.- Foto: Reuters

SHAH ALAM: Pengarah Kejurulatihan Jepun, Park Joo Bong mengesahkan kehadiran bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang bermula Selasa ini.

Menurut Joo Bong, Momota disenaraikan memandangkan motivasi pemain 29 tahun itu semakin meningkat selain kejohanan ini bakal menaikkan rankingnya..

“Momota berada dalam pasukan ini kerana Kodai Naraoka mengalami kecederaan pada saat akhir, lagi pun peluang untuk Momota layak ke Olimpik agak tipis, jadi dia akan fokus kepada acara berpasukan. Ini kerana, kita merancang dia berada dalam pasukan Piala Thomas nanti,” kata Joo Bong.

Momota kini dalam pemulihan panjang dan berada di ranking ke-40 dunia dan pada penghujung tahun lalu menunjukkan peningkatan selepas memenangi Masters Korea.

“Kejohanan ini adalah sebagai persiapan untuk Piala Thomas nanti. Selain itu, kejohanan ini dapat membantu menaikkan rankingnya. Dia juga berada dalam senarai simpanan untuk Terbuka Perancis namun agak sukar (kerana rankingnya), jadi dia hanya boleh beraksi dalam kejohanan berstatus Super 300 ke bawah sahaja,” katanya ketika ditemui media selepas pasukan menguji gelanggang, hari ini.

Joo Bong  meletakkan sasaran awal untuk melepasi separuh akhir terlebih dahulu pada edisi kali ini.

“Kejohanan ini sebenarnya persiapan Piala Thomas dan Uber. Pasukan kali ini bukan yang terbaik. Kodai Naraoka dan Yugo Kobayashi tidak berada di sini (pasukan lelaki).

Untuk wanita pula, Akane Yamaguchi dan Mayu Matsumoto juga tidak berada di sini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini