comscore
Tumpuan :
Sukan

Morales harap digandingkan bersama Josue

Detik manis Morales dan Josue meraikan gol penyamaan 3-3 Harimau Malaya menentang Korea Selatan pada saingan Piala Asia 2024 di Qatar. FOTO: NSTP

MUSCAT: Penyerang naturalisasi, Romel Morales berharap mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan untuk disenaraikan bersama bekas rakan kelabnya Paulo Josue dalam kesebelasan utama menentang Oman pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 esok.

“Saya dan Josue sudah bermain bersama selama tiga tahun di KL City, saya berharap kami berdua berada dalam kesebelasan utama menentang Oman,” kata pemain kelahiran Colombia itu.

Keserasian gandingan Morales-Josue memang sudah terbukti, membantu KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 dan setahun kemudian antara tonggak yang membawa KL City mara ke perlawanan akhir Piala AFC dan Piala FA pada 2023.

“Sesuatu yang sangat hebat dengan motivasi penyokong yang sentiasa di belakang pasukan.

“Malaysia memang menampilkan persembahan yang baik dan kami mesti melakukan yang terbaik untuk keputusan yang positif,” ujar Romales yang bertekad mencipta sejarah bersama Harimau Malaya menggapai sasaran meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga.

“Jadi kami harus menunaikan tanggungjawab ini, walaupun Oman yang kita tahu pasukan yang kuat. kami akan mencuba sedaya upaya untuk mencatat keputusan yang baik,” kata Morales yang mencipta sensasi menerusi jaringan penyamaan minit akhir yang menyaksikan Harimau Malaya seri 3-3 menentang Korea Selatan pada Piala Asia di Qatar.

Malaysia yang berada di ranking ke-132 dunia mengepalai Kumpulan D hasil dua kemenangan, Kyrgyzstan (4-3) danTaiwan (1-0), manakala Oman yang berada di kedudukan ke-80 dunia mengumpul tiga mata daripada dua perlawanan.

Di atas kertas memang tugas sukar buat Harimau Malaya, antara yang menjadi pemisah faktor kecergasan dengan pemain Oman berkesempatan membentuk fizikal yang baik menerusi liga mereka yang sedang berlangsung berbanding pemain negara yang kekurangan aksi berikutan liga hanya bermula pada Mei.

Perlawanan Harimau Malaya menentang Oman dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat esok, (Jumaat yang dua pagi waktu Malaysia)

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini