comscore
Tumpuan :
Sukan

MotoGP Di India Tahun Depan

KUALA LUMPUR: India akan membuat penampilan sulung dalam kalendar Kejohanan MotoGP tahun depan dengan penampilan barisan pelumba terbaik dunia beraksi di Litar Antarabangsa Buddh, Uttar Pradesh.

MotoGP dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya percaya perlumbaan di litar yang terletak di selatan New Delhi itu, akan mendekatkan sukan tersebut dengan para peminat di seluruh wilayah terbabit.

“MotoGP terus berkembang dan Grand Prix India merupakan satu pencapaian penting dalam misi sukan ini untuk memperkenalkan perlumbaan motosikal kepada semua – mencatatkan satu fasa baharu dalam kejohanan permotoran dunia yang pertama ini dan mengalu-alukan penonton dan peminat baharu dari setiap pelosok dunia,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta berkata syarikat yang memiliki hak eksklusif komersial dan televisyen MotoGP itu berbangga dan teruja untuk menganjurkan perlumbaan ulung itu di India.

“Kami tidak sabar menantikan perlumbaan di Litar Antarabangsa Buddh serta menyambut kedatangan peminat yang datang untuk menonton sukan yang hebat ini secara langsung,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Sukan dan Hal Ehwal Belia India Anurag Thakur menyifatkan pengumuman berkenaan sebagai hari yang bersejarah dalam industri sukan negara itu. – BERNAMA

Loading...
Terkini