comscore
Tumpuan :
Sukan

Mun Yee kini bergelar ibu

Mun Yee selamat melahirkan seorang bayi lelaki – Ihsan Atlet Malaysia/ Twitter

KUALA LUMPUR: Bekas ratu terjun negara, Datuk Leong Mun Yee selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa di sebuah pusat perubatan di Bandar Sunway pada Selasa.

Perkembangan itu disahkan sendiri oleh Mun Yee ketika dihubungi Arena Metro selepas beberapa keping gambar bayinya tular di media sosial semalam.

“Ya, saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Terima kasih atas ucapan oleh semua pihak,” tulisnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.

Untuk rekod, Mun Yee mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pada pertengahan tahun lalu.

Menjengah ke media sosial Mun Yee, para peminat dan beberapa kenalan rapat turut menitipkan ucapan tahniah diatas kehadiran anak pertamanya itu.

Antara individu terkenal yang terawal menitipkan ucapan tahniah ialah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Mohd Faidz Sanusi dan Pengarah Komunikasi Pemasaran Jelajah PGA Corey Yashimura

Loading...
Terkini