comscore
Tumpuan :
Sukan

Nadal tangguh kemunculan kembali

Pemain tenis Sepanyol, Rafael Nadal umum tarik diri daripada kejohanan Masters Indian Wells di California, Amerika Syarikat hari ini. – FOTO: Reuters

INDIAN WELLS: Bintang berpengalaman Sepanyol Rafael Nadal, menangguhkan hasrat untuk kembali bertemu peminat apabila terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Masters Indian Wells ATP-WTA hari ini.

“Dengan rasa penuh kesedihan saya terpaksa menarik diri daripada kejohanan menakjubkan ini di Indian Wells,” kata Nadal dalam satu kenyataan.

“Saya bekerja keras… tetapi saya tidak berasa sudah cukup bersedia untuk bermain di peringkat tertinggi pada satu kejohanan yang penting.”

Juara 22 acara Grand Slam itu berharap untuk kembali beraksi pada kejohanan California itu selepas mengalami kecederaan pinggul awal tahun ini.

Ikon Sepanyol berusia 37 tahun itu tidak beraksi sejak Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini