comscore
Tumpuan :
Sukan

Nafuzi disebut-sebut bakal bimbing Kedah

FOTO: NSTP / GHAZALI KORI

ALOR SETAR: Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain kini mula disebut-sebut bakal menggantikan Aidil Sharin Sahak membimbing Kedah Darul Aman FC bagi menghadapi saingan musim depan.

Aidil meninggalkan skuad Sang Kenari pada 17 Oktober lalu susulan kemerosotan pasukan.

Tempatnya kemudian dipangku penolongnya, Victor Andrag bagi menghadapi saingan Piala Malaysia.

Pengerusi Kelab Legasi Kedah (KLK), Mohamad Hazriq Fahimy Abdullah berkata spekulasi kehadiran Nafuzi akan bersama Kedah ini musim depan sememangnya satu perkhabaran amat dinantikan mereka.

“Jika benar seperti spekulasi yang bertiup kencang kini yang mengaitkan jurulatih TFC Nafuzi Zain akan mengendalikan Kedah pada musim baru ini, saya sebagai penyokong setia Kedah menyambut baik perkara ini dan mengalu-alukan kehadirannya.

“Kami sangat mengharapkan pihak pengurusan dapat memberikan kepercayaan penuh dan menyokong segala perancangan yang bakal diatur seseorang jurulatih itu sekiranya Nafuzi benar-benar akan datang membimbing Kedah kelak,” katanya.

Mohamad Hazriq berkata kehadiran semula Nafuzi ke Kedah sudah pasti dinantikan ramai kerana dia pernah pernah bersama-sama skuad Kenari ketika era permulaan ‘double treble’ pada musim 2007.

“Faktor keserasian ini juga satu kelebihan untuk Nafuzi kerana beliau akan merasa lebih selesa dengan suasana dan penyokong Kedah, jika kembali ke Bumi Jelapang Padi selepas ini,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini