comscore
Tumpuan :
Sukan

Nafuzi Zain kembali ke pangkuan Hijau Kuning

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman (KDA FC) mengorak langkah menuju musim baharu Liga Malaysia 2023 dengan mengumumkan Mohd Nafuzi Mohd Zain sebagai jurulatih baharu selepas ini.

Pelantikannya menggantikan Aidil Sharin Sahak yang berpisah melepaskan jawatan pengendali pasukan pada Oktober lalu.

Penyertaan Nafuzi dibuat menerusi laman rasmi KDA pagi ini serentak dengan pengumuman perancangan terkini musim depan.

“Selamat kembali ke Kedah, era baharu bakal bermula, berjuanglah sejiwa murni,” menurut kenyataan KDA.

Jurulatih berusia 44 tahun itu pernah bersama Sang Kenari pada 2007 semasa pencapaian mengagumkan ‘Double Treble’ dibawah bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah.

Kewibawaan Nafuzi bukan calang-calang selepas membawa pasukan sebelum ini Terengganu (TFC) menamatkan kempen Liga Super di tempat kedua sekaligus meraih slot Piala AFC serta naib juara Piala FA 2022.

Skuad Hijau Kuning yang dipacu oleh pemilik Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar turut menyemarakkan azam baharu pengurusan mengembalikan semula zaman kegemilangan mereka menerusi lagu tema ‘Sang Kenari – New Journey New Path’ diikuti menandatangani memorandum persefahaman dengan rakan strategik.

 

Foto – Facebook KDA FC

Loading...
Terkini