comscore
Tumpuan :
Sukan

Napoli pecat lagi pengurusnya

FOTO: Reuters

MILAN: Hanya dua hari sebelum berdepan Barcelona dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara, di gelanggang sendiri, Napoli mengambil tindakan drastik memecat lagi pengurus mereka dan yang menjadi mangsa kali ini,  Walter Mazzari.

Mazzarri adalah jurulatih kedua yang dipecat juara Itali itu susulan persembahan hambar musim ini.

Pengendali berusia 62 tahun itu mengambil alih pada November selepas Rudi Garcia dipecat, namun Napoli kemudian tergelincir ke tempat kesembilan dalam saingan Serie A.

Di bawah Mazarri,Napoli  cuma menang empat perlawanan daripada 12 perlawanan, kini ketinggalan 27 mata di belakang pendahulu Inter Milan, dengan mengumpul 15 mata.

Napoli yang pernah meniti detik gemilang ketika diketuai Diego Maradona, telah memanggil bekas jurulatih Slovakia, Francesco Calzona bagi mengisi tempat ditinggalkan Mazzarri.

Calzona, berusia 55 tahun, membawa Slovakia layak Euro 2024 tetapi kini menggalas tugas berat apabila kembali ke Napoli, di mana dia pernah menjadi pembantu Maurizio Sarri dan semasa musim pertama tanpa trofi di bawah kendalian Luciano Spalletti.

“Saya mengucapkan terima kasih Walter Mazzarri, seorang sahabat kepada keluarga De Laurentiis dan Napoli kerana membantu kelab dalam tempoh yang sukar.

“Sukar untuk memecat seorang sahabat,” kata pemilik Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Tambah Aurelio, khidmat Calzona diperlukan sehingga hujung musim ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini