comscore
Tumpuan :
Sukan

NAPOLI WASPADA HELAH LIVERPOOL

Oleh: Fariz Zolkarnain

LIVERPOOL: Pengurus Napoli, Luciano Spalletti berkata dia tidak akan terperdaya dengan prestasi tidak menentu Liverpool musim ini.

Malah pengurus berusia 63 tahun itu menjangkakan ujian getir bakal menanti anak buahnya menjelang aksi terakhir kumpulan A Liga Juara-Juara di Anfield, awal pagi nanti.

Napoli dan Liverpool sudah mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati namun The Reds berpeluang merampas gelaran pendahulu kumpulan daripada wakil Itali itu jika berjaya mencatat kemenangan 4-0.

Napoli kini berada di tangga teratas kumpulan A dengan 15 mata, berkelebihan tiga mata berbanding Liverpool yang turut dipisahkan dari segi jumlah jaringan selepas lima perlawanan.

“Dia (Jurgen Klopp) berkata mereka (Liverpool) tidak memikirkan untuk menang 4-0. Betul ke? Saya rasa dia juga berkata begitu.

“Saya rasa dia serius. Dia serius apabila dia mengatakan apa yang dia lakukan. Saya gembira untuk bercakap dengannya, tetapi saya fikir mereka boleh menang 4-0,” kata Spalletti.

Liverpool tewas 1-4 kepada Napoli pada aksi pertama di Naples, 7 September lalu.

The Reds kini dibayangi dengan prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila tewas dua kali berturut-turut kepada Nottingham Forest dan Leeds United sekaligus jatuh di tangga kesembilan dengan 16 mata.

Napoli pula berada di kemuncak prestasi apabila kekal mengungguli Serie A di tangga teratas dengan 32 mata.

Loading...
Terkini