
PETALING JAYA: Beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters China selepas melepasi tentangan sengit pasangan Korea Selatan pada pusingan kedua di Shenzhen sebentar tadi.
Menang 21-11 pada set pertama, Wei Chong – Kai Wun gagal mengekalkan rentak membolehkan Jin Yong – Na Sung Seung bangkit memenangi set kedua 21-15.
Wei Chong – Kai Wun yang mendudukki ranking ke-20 dunia berbanding ke-30 lawannya itu, kembali memperkemaskan permainan pada set penentuan.
Mereka mengesahkan laluan ke pusingan kedua apabila menang set penentuan 21-17 dalam aksi keseluruhan yang memakan masa 57 minit.

Bagaimanapun nasib berbeza buat beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie – Toh Ee Wei, pada satu lagi aksi pusingan pertama.
Mereka dikejutkan pasangan yang berada di ranking ke-15 dunia dari Indonesia, Rinov Rivaldy – Pitha Mentari.
Tang Jie – Ee Wei yang berada pada kedudukan ke-9 dunia tewas 18-21, 18-21.
KekalahanTang Jie-Ee Wei menyaksikan cabaran beregu campuran akan diteruskan oleh gandingan Tan Kian Meng – Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat – Shevon Lai yang beraksi pada pusingan pertama esok.
Manakala Wei Chong – Kai Wun akan mengiringi pasangan utama negara Aaron Chia – Soh Wooi Yik ke pusingan kedua.