comscore
Tumpuan :
Sukan

Nasihat Ferguson ditagih untuk kembalikan sinar di Old Trafford

Bekas pengendali legenda Manchester United, Alex Ferguson bakal menjadi penasihat kepada pemilik baharu kelab itu. – Foto AGENSI

MANCHESTER: Jim Ratcliffe dilaporkan akan meminta nasihat pengendali legenda Manchester United, Alex Ferguson dalam persiapannya mengambil alih operasi di Old Trafford.

Jutawan INEOS itu bakal menyempurnakan perjanjian bernilai 1.3 bilion pound (RM7.56 bilion) bagi memiliki 25 peratus saham United daripada keluarga Glazer.

Langkah itu akan memberi peluang buat Dougie Freedman menjadi pengarah sukan baharu United. Freedman ketika ini memegang jawatan sama di Crystal Palace.

Freedman yang juga dari Scotland, adalah jiran Ferguson ketika di Cheshire sebelum dia menerima jawatan di Palace pada tahun 2017.

Freedman, 49, yang bijak menilai bakat mampu memberi kelebihan buat United. Eberechi Eze, Marc Guehi dan Michael Olise antara pemain yang berjaya mencipta nama di Selhurst Park.

Seorang lagi calon pengarah sukan termasuk Lee Congerton dari Atalanta, Andrea Berta (Atletico Madrid) dan bekas gandingan di AC Milan, Paolo Maldini dan Ricky Massara.

Pelantikan pengarah sukan baharu bakal menjejaskan kedudukan pegang jawatan itu ketika ini, John Murtough.

Sementara itu, Jean-Claude Blanc, adalah calon utama menggantikan Richard Arnold sebagai ketua eksekutif. – AGENSI

Loading...
Terkini