comscore
Tumpuan :
Sukan

Negeri Sembilan, Selangor berentap di suku akhir

FOTO: NSTP / AZRUL EDHAM

Oleh Hazreen Mubarak

PETALING JAYA: Misi memburu Piala Malaysia yang ke-34 diteruskan Selangor FC selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Kelantan United FC untuk mara dengan agregat 3-0.

Berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) aksi di laman sendiri nyata lebih sukar buat The Red Giants untuk menambah lebih gol biarpun menentang pasukan Liga Perdana itu.

Jaringan sendiri pemain tengah Kelantan United, Nik Akif Syahiran Nik Mat sudah cukup untuk membawa Selangor ke suku akhir.

Kemenangan itu membolehkan Selangor bertemu Negeri Sembilan yang terdahulu mara dengan agregat 2-1 selepas seri tanpa jaringan dengan Kedah Darul Aman FC pada aksi kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Raroi.

Untuk rekod, kali terakhir Selangor memenangi Piala Malaysia adalah pada 2015.

Loading...
Terkini