comscore
Tumpuan :
Sukan

Ngauman Harimau Malaya buat Taiwan risau

FOTO: Ihsan FAM

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya selamat mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Taoyuan sebentar tadi untuk berdepan tuan rumah Taiwan pada perlawanan kedua Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Chinese Taipei, Selasa ini.

Ketibaan skuad bimbingan Kim Pan Gon itu pastinya dinanti penuh debar Taiwan yang kini berdepan misi untuk meraih tiga mata selepas tewas 0-3 kepada Oman pada perlawanan pertama.

Memetik laporan Persatuan Bolasepak Taiwan, CTFA, ketua jurulatih Taiwan Gary White, mengharapkan penyokong membanjiri Stadium Municipal di Taipei Selasa ini untuk menjinakkan Harimau Malaya.

FOTO: Ihsan FAM

Kata pengendali dari England itu, Taipei rumah mereka dan kehadiran diperlukan untuk meraih kemenangan bersama.

Taiwan tidak tewas dalam tiga aksi di gelanggang sendiri sejak White dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan negara itu buat kali kedua pada Mei lalu.

Untuk rekod, White pernah menggalas tugas sama pada 2017 sebelum dia mengemudi skuad kebangsaan Hong Kong pada 2018.

FOTO: Ihsan FAM

Kekalahan kepada Oman di gelanggang lawan menyaksikan skuad itu berada di kedudukan tercorot Kumpulan D tanpa sebarang mata.

Harimau Malaya pula dilihat akan tampil dengan motivasi lebih baik susulan kejayaan menewaskan pasukan di ranking 97 dunia, Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis lalu

Bagaimanpun dalam tiga aksi terakhir menentang Taiwan, skuad Harimau Malaya menang tipis 2-1 di Bukit Jalil pada aksi kelayakan Piala Dunia pada 2011, namun tewas 2-3 pada aksi timbal balik di Taipei dalam kempen kelayakan sama dan 0-2 pada aksi persahabatan pada 2018, juga di gelanggang lawan.

Loading...
Terkini