comscore
Tumpuan :
Sukan

Nidzam ketua jurulatih baharu Selangor FC

Nidzam dapat kepercayaan Selangor FC hadapi Liga Super musim ini. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Tanda tanya siapakah bakal pengendali Selangor FC untuk saingan Liga Super musim 2024-2025 terjawab hari ini dengan perlantikan Nidzam Jamil.

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial Selangor FC hari ini menyaksikan dia bakal menggantikan Tan Cheng Hoe yang berhijrah ke kelab Thailand Police Tero FC bulan lalu.

Perlantikan Nidzam juga menamatkan spekulasi cabaran Selangor FC kali ini bakal diterajui jurulatih luar.

Nidzam bekas pemain Selangor FC sudah menjadi sebahagian barisan kejurulatihan pasukan itu sejak November 2021 dan dua kali dipertanggungjawabkan selaku jurulatih sementara.

‘Tahun ini pasti mencabar, saya harap kami semua, pasukan dan penyokong menghadapinya bersama,” kata Nidzam menerusi laman sosialnya.

Sementara itu ketua pegawai eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengakui melakukan penilaian yang terperinci dalam pemilihan Nidzam antaranya pencapaian ketika bergelar penolong ketua jurulatih pada musim lalu.

“Nidzam berpengalaman luas dalam bola sepak Malaysia, dia memahami budaya dan arah tuju kelab dan memahami pemain.

“Dia memang layak untuk jawatan itu dan membimbing pasukan untuk menghadapi cabaran musim 2024-2025,” kata Johan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini