comscore
Tumpuan :
Sukan

Nur Izzuddin / Sze Fei juarai beregu Terbuka China

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

JIANGSU: Malaysia akhirnya lega memecahkan tembok penghadang Terbuka China sejak sekian lama apabila menaiki podium pemenang beregu lelaki.

Nur Izzuddin Mohd Rumsani/ Goh Sze Fei yang berdepan He Ji Ting/ Ren Xiang Yu merakam kejayaan bermakna setelah bangkit dari kekalahan awal.

Diletakkan selaku pilihan ketujuh, mereka tumpas 13-21 yang diisi aksi agresif dan pukulan kencang pemain tuan rumah di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.

Xiang Yu kemudian mengalami kecederaan belakang pada set kedua sebelum tetap meneruskan permainan yang berakhir 21-12 kepada wakil negara.

Nur Izzuddin/ Sze Fei yang menghalakan banyak serangan dan asakan kepada Ji Ting di set penentuan akhirnya mengesahkan gelaran juara hasil catatan 21-17.

Gandingan ke-12 dunia itu meraih habuan AS$148,000 (RM622,086) sekaligus menamatkan kemarau berpuluh tahun beregu lelaki memenangi Terbuka China sejak kali terakhir dilakukan pada 1989 oleh Datuk Seri Jalani Sidek/ Datuk Razif Sidek.

Gelaran Siri Dunia BWF Super 1000 itu juga hadir selepas menjuarai Terbuka Jepun 25 Ogos lalu dan bergelar Naib Juara Asia pada April tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini