Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Alat sulit terkena palang, atlet Perancis tular di media sosial 

PARIS: Atlet lompat bergalah tuan rumah Anthony Ammirati tidak bernasib baik selepas berdepan insiden memalukan yang menyebabkan dia gagal dalam merebut pingat.

Ammirati berjaya melepasi ketinggian 5.40 meter (m) dan 5.60m dengan hanya pada percubaan pertama.

Namun pada ketinggian 5.70m dia gagal melepasinya selepas percubaan ketiga atlet itu menyaksikan alat sulitnya terkena palang sekali gus menduduki tangga ke-12 dan tidak dapat ke final.

Insiden itu mengecewakan Ammirati tetapi mencuit hati netizen di media sosial.

Walaupun tersingkir dari saingan seterusnya dia tidak patah semangat dan memandang kejadian menimpanya dari sudut positif.

Menurutnya kepada French Athletic Federation: “Saya ok sahaja, dapat membuatkan penonton tersenyum dan ketawa. Dan siapa tahu, mungkin ini adalah permulaan kepada sesuatu yang istimewa!”

Keputusan akhir kelayakan lompat bergalah tidaklah mengejutkan kerana seperti diramal pemegang rekod dunia Mondo Duplantis dari Sweden menduduki tangga teratas selepas melepasi ketinggian 5.75m pada percubaan pertamanya. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini