comscore
Tumpuan :
Sukan

Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi terkandas di suku akhir

Foto : NSTP

KUALA LUMPUR : Hasrat beregu lelaki professional Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menambah wakil negara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila dikejutkan pasangan bukan pilihan dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae sebentar tadi.

Yew Sin dan Ee Yi yang tampil selaku pilihan ke-6 akur tumpas selepas bertarung tiga set.

Bermula dengan aksi meyakinkan dengan kemenangan 21-15 pada set pertama, beregu negara gagal mengekalkan rentak membolehkan lawan bangkit mengheret perlawanan ke set penentuan selepas menang 21-16 pada set kedua.

Segalanya tidak menjadi buat Yew Sin dan Ee Yi pada set penentuan menyaksikan mereka akur tersingkir selepas tewas 14-16 pada perlawanan yang memakan masa 1 jam 21 minit.

Separuh akhir esok, Min Hyuk dan Seung Jae akan menentang pilihan ke-4 dari Jepun, Takuro Hoki dan Yugo Kobasayhi

Loading...
Terkini