comscore
Tumpuan :
Sukan

Palmer pastikan Chelsea raih kemenangan ketiga

LONDON: Aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, Chelsea mengetepikan Fulham 1-0 hasil sepakan penalti Cole Palmer yang sekali gus membolehkan Blues meraikan kemenangan ketiga berturut-turut mereka.

Sepakan penalti pada akhir babak pertama itu diperolehi, selepas Raheem Sterling dikasari Issa Diop.

Ia adalah gol kesembilan Palmer dalam liga sejak menyertai Blues daripada Manchester City pada saat-saat akhir jendela perpindahan musim panas lalu dan dengan pantas membuktikan dirinya adalah pemain berbahaya Chelsea.

Peluang terbaik Fulham menyamakan kedudukan hadir menerusi Raul Jimenez tetapi rembatannya memaksa Djordje Petrovic menyelamatkannya dengan sebelah tangan pada minit ke-73.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Mauricio Pochettino melonjak ke tempat kelapan, di atas Manchester United dan Newcastle United, dengan kedua-duanya mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Fulham pula kekal di tempat ke-13, lapan mata daripada zon penyingkiran. –Agensi

Loading...
Terkini