comscore
Tumpuan :
Sukan

Pan Gon mahu pemain kekal konsisten, elak buat kesilapan

Kesebelasan utama Harimau Malaya ketika aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1, menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU – Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki disebalik kemenangan 1-0 yang diraih Harimau Malaya ke atas Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim di Johor semalam.

Memang jelas, persiapan lebih rapi dilakukan Turkmenistan yang pada awalnya turun dengan misi balas dendam selepas kekalahan 1-3 kepada Malaysia pada pusingan kelayakan Piala Asia Jun tahun lalu.

Corak permainan fizikal yang digunakan lawan memaksa pemain-pemain negara bekerja keras untuk menyerap segala tekanan yang diberikan.

“Ia perlawanan sukar bagi kami dan cuba bermain dengan mengamal corak tekanan tinggi terhadap mereka dan ada ketika kita membuat kesilapan tapi pantas memperbetulkan keadaan malah kerap melakukan gerakan berbahaya ke atas benteng lawan.

“Banyak peluang kita ada untuk jaringkan gol, sekurang-kurang tiga atau empat tapi kecekapan penjaga gol (Rasul Charyyev) menafikan beberapa peluang yang sepatutnya menerjah jaring dan itu yang menghalang kita menang dengan lebih selesa.

“Persoalannya, mampukah kita mengekalkan corak permainan yang tersusun seperti yang dipamerkan pada perlawanan itu tadi, sebaliknya saya mahukan konsitensi permainan dan pemain perlu kekalkan kekuatan mental dan disiplin supaya kurangkan kesilapan.

“Ada pemain yang mengalami kekejangan dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya mahukan corak permainan pantas dan sentiasa bola bergerak untuk kelancaran permainan dan apa yang berlaku seperti kekejangan dan tahap kecergasan tidak memuaskan tidak boleh ada di kalangan pemain,” kata Kim Pan Gon pada sidang media perlawanan.

Dan menjelang aksi persahabatan kedua menentang Hong Kong selasa nanti, sudah tentu beberapa aspek kelemahan yang dikenalpasti mahu diperbaiki, antaranya termasuklah aspek kecergasan pemain.

Namun Pan Gon sedar, kempen Liga Malaysia masih di peringkat awal dan harapannya pasti mahu melihat ia memuncak terutamanya apabila saingan liga sudah memasuki fasa pertengahan pada bulan Jun nanti.

Tidak ketinggalan, dari segi hantaran-hantaran yang dilakukan, perlu ada ketepatan yang konsisten untuk memudahkan barisan serangan mencipta jaringan.

“Harus perbaiki dari aspek umpanan bola kerana kami inginkan lebih baik daripada apa yang pemain lakukan ketika beraksi malah ia perlu segera dimantapkan lagi tatkala kita akan menentang pasukan yang lebih baik pada aksi pusingan akhir Piala Asia nanti.

“Mengenai penampilan pertama Feroz (Baharuddin), Endrick (Dos Santos, Fayadh (Zulkifli), Nooa Laine, Paulo (Josue) tampak masih bergelut untuk menyerap corak taktikal yang pratikkan tapi saya akan bantu mereka untuk menyesuaikan diri secepat mungkin,” kata Pan Gon.

Loading...
Terkini