comscore
Tumpuan :
Sukan

Pan Gon rombak kesebelasan utama

Kesebelasan utama Harimau Malaya menentang Oman malam ini. FOTO: Ihsan FAM

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon melakukan tiga rombakan dalam kesebelasan utama berdepan Oman, malam ini berbanding ketika tewas 0-2  di Muscat, Jumaat lalu.

Perubahan itu membabitkan bahagian pertahanan, tengah dan serangan yang mana Azam Azmi Murad, Syamer Kutty Abba dan Darren Lok diletakkan dalam skuad utama.

Tiga pemain utama yang diturunkan ketika aksi di Muscat diletakkan di bangku simpanan bagi aksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini termasuk Daniel Ting, Shahrul Saad dan Brendan Gan.

Pan Gon mengekalkan Ahmad Syihan Hazmi Mohamed di posisi penjaga gol selain tiga lagi pertahanan iaitu Dominic Tan, Dion Cools dan La’Vere Corbin Ong.

Bahagian tengah menyaksikan Stuart Wilkin akan bergandingan bersama Syamer manakala Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim mengemudi bahagian sayap.

Harimau Malaya dilihat akan tampil dengan corak permainan menyerang apabila Pan Gon menyenaraikan dua penyerang dengan Romel Morales yang beraksi penuh ketika di Muscat akan bergandingan bersama Darren.

Perlawanan Malaysia – Oman dijadual berlangsung jam 10 malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini