comscore
Tumpuan :
Sukan

Pang Ron-Su Yin kejutkan pilihan pertama

Pang Ron-Su Yin mara ke separuh akhir Terbuka Macau.-Foto: BAM

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Macau selepas mengejutkan pilihan pertama dari Hong Kong, Tan Chun Man-Tse Ying Suet, sebentar tadi.

Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Macao East Asian Games Dome hari ini, Pang Ron-Su Yin membuktikan mereka lebih unggul untuk melakar kemenangan straight set 21-18, 21-18 dalam masa 39 minit.

Meskipun diberikan tentangan sengit di awal set pertama, tetapi wakil negara itu mula mempamer aksi permainan sebenar selepas kedudukan terikat 9-9 untuk menjarakkan kedudukan lebih jauh dan memenangi set itu.

Chun Man-Ying Suet cuba bangkit di set kedua untuk mengheret permainan ke set penentuan, tetapi ia dinafikan oleh permainan yang konsisten daripada gandingan negara itu.

Menanti mereka di separuh akhir esok adalah pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja yang turut mara selepas menumpaskan Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat dari Thailand, 21-18, 21-10.

Sementara itu, harapan satu lagi wakil beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien untuk meneruskan perjuangan tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui 16-21, 20-22.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini