
PETALING JAYA: Hasrat beregu campuran negara Hoo Pang Ron – Cheng Su Yin merangkul kejuaraan sulung tahun ini tidak kesampaian apabila tewas pada separuh akhir Masters Orleans di Perancis sebentar tadi.
Tampil selaku pilihan ke-7, Pang Ron-Su Yin nyata sukar mengimbangi cabaran pasangan bukan pilihan dari China, Cheng Xing-Zhang Chi apabila berhempas pulas memenangi set pertama 24-22.
Set kedua giliran lawan menguasai perlawanan, menang 21-16 untuk mengheret saingan ke set penentuan.
Debaran kian memuncak pada set penentuan menyaksikan kedua-dua beregu saling mengejar mata.
Sehinggalah kedudukan terikat 25-25, tuah nyata tidak menyebelahi Pang Ron-Su Yin.
Selepas perlawanan berlarutan1 jam 17 minit, dua mata terakhir berjaya direbut gandingan China untuk menamatkan set penentuan 27-25 untuk mara final.
Harapan Malaysia untuk memburu kejuaraan kini terarah kepada beregu lelaki Choong Hon Jian-Haikal Nazri, juga pilihan ke-4 kejohanan.
Pada separuh akhir yang dijadual awal pagi nanti mereka akan menentang pilihan ke-7 dari Denmark, Andreas Sondergaard – Jesper Toft.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.