PETALING JAYA: Hasrat beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin melangkah ke separuh akhir Terbuka Hong Kong tidak kesampaian apabila tewas di tangan pasangan China Huang Dong Ping – Feng Yan Zhe di Kowloon sebentar tadi.
Memang tugasan getir yang dijangka terpaksa ditempuh Pang Ron-Su Yin berdepan beregu nombor dunia itu apabila dipaksa bekerja kerap menyerap asakan lawan.
Set pertama sudah mula menampakkan penguasaan beregu China apabila mudah menamatkan set pertama 21-13.
Cuba bangkit pada set kedua, Pang Ron – Su Yin terus sukar menyaingi lawan yang kemas menguasai perlawanan dengan pukulan yang mudah mematikan langkah pasangan negara.
Cuma 29 minit diperlukan gandingan China untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menamatkan cabaran Pang Rong- Su Yin 21-11 pada set kedua.
Harapan beregu campuran negara pada jelajah siri super 500 kini terarah kepada gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Oh Ee Wei untuk meneruskan saingan ke separuh akhir.
Suku akhir malam ini, Soon Huat-Shevos akan menentang beregu tuan rumah Tang Chun Man-Tse Ying Suet yang juga pilihan ketiga kejohanan manakala Tang Jie-Ee Wei bertemu pasangan pilihan ke-6 dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.