comscore
Tumpuan :
Sukan

Paris ucap ‘selamat tinggal’ kepada Olimpik 2024

FOTO: Reuters

PARIS: Paris mengucapkan selamat tinggal kepada Sukan Olimpik Musim Panas 2024 dengan satu perarakan meriah melibatkan 182 atlet Olimpik dan Paralimpik di Champs Elysees pada Sabtu.

Antara pemenang pingat emas yang hadir dalam perarakan tersebut termasuk perenang Leon Marchand, judoka Teddy Riner, dan pemain ragbi Antoine Dupont, disambut oleh ribuan peminat yang menghidupkan kembali kemeriah Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

Dianggarkan seramai 70,000 penonton hadir untuk menyaksikan perarakan itu, yang melibatkan atlet, sukarelawan, dan pekerja sektor awam. Acara itu diakhiri dengan konsert terbuka percuma di Place de l’Etoile, berhampiran Monumen Arc de Triomphe.

Selepas perarakan, Presiden Emmanuel Macron menyampaikan anugerah tertinggi negara, termasuk Legion d’Honneur, kepada beberapa pemenang pingat Perancis.

Serami 4,000 anggota polis mengawal perarakan buat kali terakhir setelah mengawasi ribuan atlet dan 12 juta penonton sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Perancis mencatatkan prestasi cemerlang dengan meraih 64 pingat keseluruhan, termasuk 16 emas, sekali gus menempatkan mereka di kedudukan kelima dalam carta keseluruhan. Bagi Sukan Paralimpik, Perancis mengakhiri saingan di tempat kelapan dengan 75 pingat, termasuk 19 pingat emas.

Sukan Olimpik musim panas seterusnya akan berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat. Sekaligus menjadi kali ketiga Los Angeles menganjurkan Olimpik, selepas tahun 1932 dan 1984.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini