comscore
Tumpuan :
Sukan

Pasukan Alpine kena denda di Grand Prix China 

Keadaan kelam-kabut di hentian pit menyaksikan pasukan Alpine didenda. FOTO: Agensi

SHANGHAI: Steward Formula Satu (F1) mendenda pasukan Alpine milik Renault sebanyak €10,000 (RM50,980) selepas hentian pit Grand Prix (GP) China yang kelam-kabut menyebabkan seorang mekanik terjatuh.

Pierre Gasly diberi lampu hijau untuk keluar dari kotak hentian pit sebelum tayar belakang kanan dipasang dengan betul apabila krew pasukan tersilap menekan butang untuk melepaskan jentera.

Pemandu Perancis itu ditahan sebelum meninggalkan kotak hentian pit, dengan seorang mekanik terjatuh ke belakang dalam keadaan huru-hara tetapi dapat meneruskan baki perlumbaan.

Steward berkata Gasly tidak bersalah dan pasukan itu bertanggungjawab sepenuhnya.Alpine masih belum meraih sebarang mata selepas lima perlumbaan.

Gasly mengakhiri perlumbaan di tempat ke-13 pada hari ini dan rakan sepasukan Esteban Ocon, pula menduduki tempat ke-11.

“Syukurlah tiada siapa yang cedera, dan kami akan menyiasat sebab-sebab untuk mengelak kejadian seperti itu berlaku pada masa akan datang,” kata bos pasukan, Bruno Famin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini