comscore
Tumpuan :
Sukan

PDRM “tangkap” Kedah

FOTO: Twitter @kda_fc

ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) gagal meneruskan misi kemenangannya apabila tewas mengejut kepada PDRM FC 0-1 pada aksi ketiga saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Kekalahan ini merupakan episod duka yang pertama buat Sang Kenari dihadapan kira-kira 12,000 penyokong sendiri selepas bermula dengan langkah kanan ketika menewaskan Perak FC 4-1 pada 25 Februari dan Terengganu FC (TFC) 1-0 pada Rabu lalu.

Menerusi aksi perlawanan ini, The Cops cuba melakukan percubaan awal pada minit ketiga dari jarak jauh oleh Nurfiqrie Talib yang kemudian diselamatkan oleh penjaga gawang KDA FC Kalamullah Al-Hafiz.

Sang Kenari bangkit dengan melakukan serangan bertali arus bermula dari minit ke-7 oleh penyerang Willian Lira yang membuat percubaan yang tersasar ke tepi tiang gol diikuiti percubaan leret oleh pemain pertahanan Ariff Farhan yang berjaya ditangkap kemas oleh pengaja gol PDRM Ramdhan Ab Hamid.

Pemain tengah Amirbek Juraboev dan Al-Hafiz Harun turut terlepas peluang membuka jaringan masing-masing pada minit ke-16 dan 19 apabila percubaan mereka juga gagal mencipta gol pembukaan buat Kedah dan kebuntuan gol itu terus berlarutan hingga ke hujung babak pertama

Bemula babak kedua Kedah cuba menyerang dengan lebih bertenaga melalui Willian Lira namun hantarannya ke gawang disia-siakan sementara pada minit ke-54 pula PDRM melakukan percubaan melalui Alif Najmi

Kedah menerima tamparan hebat apabila kaptennya Manuel Ott dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain tengah PDRM FC Fadi Mahmoud.

Kedah kemudian melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan pemain sayap Fayadh Zulkifli, Manuel Hidalgo, Heshamudin dan Fadzrul Danel bagi mengimbangi semula kekuatan pasukan.

Kedah juga bertambah tertekan apabila ketua jurulatihnya Nafuzi Zain juga turut dilayangkan kad merah pada minit ke-70 berkaitan reaksinya terhadap pengadil keempat.

Dalam keadaan tertekan buat Kedah, PDRM akhirnya berjaya mengejutkan tuan rumah dan memecah kubu Kedah melalui jaringan deras Bruno Suzuki pada minit ke-74 sekaligus menambah duka buat Kedah yang masih belum mendapatkan gol.

Kedah cuba bangkit dengan menambah serangan namun The Cops yang terus memperkemaskan benteng pertahanan berjaya mengecewakan Sang Kenari hingga ke hujung perlawanan dengan meyaksikan keputusan penuh Kedah 0-1 PDRM FC. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini