comscore
Tumpuan :
Sukan

Pedih! Sepakan penalti kecewakan Arsenal

Arsenal tersingkir dari saingan Liga Europa . – Foto: UEFA

LONDON – Cabaran Arsenal dalam saingan Liga Europa berakhir selepas tewas kepada pasukan dari Portugal, Sporting CP menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dari segi agregat.

Turun dengan keputusan seimbang 2-2 yang dilakar pada pertemuan pertama, seharusnya kelebihan memihak anak buat Mikel Arteta yang bermaindi laman sendiri.

Dan segalanya bermula seperti yang dirancang apabila Granit Xhaka membuka jaringan ‘The Gunners’ pada minit ke 19.

Kekal 1-0 tamat separuh masa, kelebihan yang dimiliki Arsenal akhirnya terlerai pada minit ke 62 selepas Pedro Concalves menjaringkan gol penyamaan hasil percubaan menarik dari kawasan tengah padang.

Tiada lagi format peraturan gol tempat lawan oleh UEFA, agregat 3-3 antara Arsenal dan Sporting memaksa permainan diheret ke masa tambahan.

Berlangsung sengit antara kedua-dua pasukan, Arsenal kemudiannya meraih sedikit kelebihan apabila Sporting kehilangan Manuel Ugarte yang dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke 118.

Namun, tempoh dua minit yang dimiliki Arsenal nyata tidak memadai menyaksikan peme ang ditentukan menerusi sepakan penalti.

Terikat 3-3 pada satu ketika, Sporting kemudiannya raih sedikit kelebihan sebaik Artur Gomes menjaringkan gol keempat.

Dan kegagalan Gabriel Martinelli membuat jaringan apabila sepakannya disekat Antonio Adan mela beri kelebihan kepada Sporting.

Nuno Santos tidak mempersiakan usaha keras Adan apabila dia menjaringkan gol kemenangan untuk keputusan 5-3 memihak Sporting

Sekaligus cabaran Arsenal di pertandingan peringkat Eropah turut berakhir.

“Memang satu keputusan yang mengecewakan, ada beberapa detik, terutamanya dalam tempoh 75 minit terawal kita tidak bermain baik dan sering memberikan bola kepada pihak lawan.

“Memang permainan cukup berbeza ditampilkan berbanding pertemuan pertama minggu lalu, Sporting bermain baik ketika melakukan serangan, begitu juga dengan pelari kedua, ia membuka ruang luas, permainan transisi yang memang kami mahu elakkan,” kata Arteta.

Kemenangan Sporting melengkapkan senarai 8 pasukan yang mara ke peringkat suku akhir.

Dan ini termasuklah Manchester United, Juventus, AS Roma, Bayer Leverkusen, Sevilla, Feyenoord dan Union Saint-Gilloisse yang turut melayakkan diri dengan undian akan diadakan hari ini bagi menentukan jadual perlawanan peringkat suku akhir nanti.

Loading...
Terkini