comscore
Tumpuan :
Sukan

Pelayaran: Bekas pelayar kebangsaan perkuat pasukan pelayaran PDRM

Pasukan Pelayaran PDRM

Oleh Hasnida Hanim Ahmad Kamil

LANGKAWI: Pasukan pelayaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta sejarah tersendiri apabila julung kalinya menyertai Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi RLIR 2023 yang telah bermula sejak Selasa lalu.

Dibarisi lima anggota PDRM yang juga merupakan bekas-bekas pelayar kebangsaan, pastinya pengalaman beraksi di kejuaraan dunia, sukan asia dan sukan sea menjadi taruhan untuk memberikan cabaran pada RLIR 2023.

Pasukan sukan air PDRM telah ditubuhkan pada Januari tahun lalu, dibarisi lima krew berpengalaman dalam sukan pelayaran.

Bagi Inspektor Mohd Romzi Muhammad yang juga merupakan Trimer dalam Pasukan Pelayaran PDRM.

“Objektif utama adalah untuk menyertai kejohanan-kejohanan kompetetif membabitkan perlumbaan kategori “dinghy” serta “keel boat” dan RLIR 2023 merupakan penampilan pertama Pasukan Pelayaran PDRM bagi kategori keel boat dalam Kelas IRC 1.”

Turut dibarisi empat lagi krew iaitu Leftenan Koperal Muhammad Izzad Samdin selaku skipper, Konstabel Tengku Mohd Amirul Asraf Tengku Othman (Trimer), Konstabel Polis Bantuan Nur Nabila Wahida Ahmad Roswadi (Trimer) dan Leftenan Koperal Mohamad Noorhafizan Yusran.

Pasukan Pelayaran PDRM juga berhasrat untuk mewujudkan pusat latihan pelayaran yang serba lengkap untuk kegunaan warga PDRM sekaligus dapat terus bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Dan berikut kedudukan terkini bagi kesemua kelas perlumbaan tamat hari ke-4 RLIR 2023.

REGATTA ANTARABANGSA DIRAJA LANGKAWI 2023

KELAS RACING

1. THA 72 THAILAND
2. URANUS MALAYSIA

KELAS IRC 1

1. MATA HARI MALAYSIA
2. PHOENIX THAILAND
3. 79TH ENDEAVOUR OF WHITBY AUSTRALIA
4. UMINOKO THAILAND
5. PRIME FACTOR AUSTRALIA
6. THE BLUE ANGEL MALAYSIA
7. PASUKAN PELAYARAN PDRM MALAYSIA

KELAS SPORTSBOATS

1. PASUKAN RSYC MALAYSIA
2. NAVY 1 MALAYSIA
3. UMT 2 MALAYSIA
4. NAVY 2 MALAYSIA
5. UMT 1 MALAYSIA

KELAS MULTIHULL

1. TWIN SHARKS GREAT BRITAIN
2. SAFFRON AUSTRALIA
3. TRIDENT GREAT BRITAIN
4. FETZ MA AUSTRIA
5. MOJO AUSTRALIA
6. ALLEGRO AUSTRALIA

KELAS KELAB

1. MARIKH MALAYSIA
2. DASH MALAYSIA
3. VG OFFSHORE MALAYSIA
4. RECAA MALAYSIA
5. EVELINE MALAYSIA

Loading...
Terkini