comscore
Tumpuan :
Sukan

Peluang Cheong Min raih emas kedua Kejuaraan Wushu Asia

Foto fail

PETALING JAYA: Selepas cemerlang meraih pingat emas menerusi acara Nandao, peluang jaguh wushu negara Tan Cheong Min untuk meraih emas kedua menerusi acara Nangun pada Kejuaraan Asia di Macar, yang bermula esok.

Pujian buat Cheong Min walaupun ditimpa dendam, atlet berusia 25 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk menguasai acara Nandao pada aksi yang berlangsung di Tap Seac Multisport Pavillion itu.

“Pingat emas ini bukan milik saya seorang, ia milik pasukan Malaysia kerana sokongan dan sikap ambil berat presiden, jurulatih, keluarga dan rakan sepasukan,” katanya.

Tambah bekas juara dunia itu, sasarannya membuat penampilan tanpa potongan mata dan kesilapan dan ia satu bonusnya dan pastinya buat pasukan.

Pada aksi final Nandao, Cheong Min mengumpul 9.693 mata mengatasi peserta Uzbekistan Darya Latisheva yang mengumpul 9.690 di tangga kedua manakala Helia Asadian dari Iran meraih gangsa dengan 9.676 mata.

Aksi hari kedua kejohanan Malaysia turut menambah pingat gangsa menerusi Si Shin Peng dalam acara Jianshu lelaki dengan pungutan 9.693 mata.

Setakat ini Malaysia meraih dua pingat emas, dua perak dan dua gangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini