comscore
Tumpuan :
Sukan

Peluang Liverpool kembali cerah

Penyerang Liverpool, Diogo Jota (kanan) merembat masuk gol ketiga ketika menundukkan Fulham 3-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage, London awal pagi tadi. – FOTO: Reuters

LONDON: Liverpool kembali menghidupkan semula cabaran mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila menundukkan Fulham 3-1 di tempat lawan.

Pasukan Klopp berdepan keletihan dalam beberapa minggu kebelakangan dan beliau menggugurkan Mohamed Salah ke bangku simpanan dalam antara lima perubahan dilakukannya.

Trent Alexander-Arnold meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-32 dengan satu sepakan percuma menakjubkan yang menerjah ke penjuru gawang.

Pertahanan Fulham, Timothy Castagne menyamakan kedudukan dari jarak dekat selepas Liverpool gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pada masa kecederaan babak pertama.

Ryan Gravenberch mengembalikan kelebihan Liverpool pada minit ke-53 dengan satu rembatan kencang dari penjuru kotak penalti bagi gol pertamanya dalam liga.

Diogo Jota melengkapkan kemenangan pada minit ke-72, merembat leret satu penamat klinikal ke penjuru gol.

Liverpool kini di tangga kedua, di belakang pendahulu Arsenal menerusi perbezaan jaringan dan satu mata di depan pasukan tangga ketiga, Manchester City yang bagaimanapun beraksi kurang satu perlawanan berbanding dua pencabar mereka. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini