comscore
Tumpuan :
Sukan

Peluang masih terbuka – Josue

Pemain tengah skuad kebangsaan, Paulo Josue

KUALA LUMPUR: Pemain tengah skuad kebangsaan, Paulo Josue yakin peluang untuk meneruskan kemaraan pada pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 masih terbuka meskipun dilihat akan berdepan laluan sukar,

Pemain naturalisasi kelahiran Brazil itu juga enggan mencipta pelbagai alasan selepas  tewas 0-2 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, sebaliknya menegaskan perkara paling penting adalah memastikan Harimau Malaya boleh kembali bangkit dalam baki dua perlawanan kelayakan dalam Kumpulan D, Jun depan.

“Sudah tentu kami kecewa dengan kekalahan ini, namun semuanya belum berakhir.

“Kami masih ada peluang dalam dua perlawanan selepas ini menentang Kyrgyzstan di tempat lawan dan Taiwan di Bukit Jalil.

“Ini bukan masa untuk mencari alasan, tetapi jika kita tiada perlawanan dan kurang kecergasan, ia menjadi perkara sukar kepada pasukan.

“Namun, ini saja yang kami ada sekarang, kembali ke dalam liga, kembali berlatih bersama kelab dan cuba bangkit semula dengan segera,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

Kekalahan di SNBJ itu adalah kali kedua berturut-turut yang dialami skuad negara kepada Oman dalam kempen kelayakan kali ini, selepas tewas dengan jaringan sama di Muscat, Jumaat lalu.

Keputusan itu menyaksikan Harimau Malaya berada di tangga ketiga Kumpulan D dengan mengumpul enam mata, tiga mata di belakang Kyrgyzstan dan Oman yang terikat sembilan mata dan menghuni dua kedudukan teratas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini