comscore
Tumpuan :
Sukan

Pemain boling wanita negara juara Terbuka AS

Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat di Royal Pin Woodland, Indianapolis.-FOTO: Ihsan The Sport Of Bowling – USBC / Facebook

KUALA LUMPUR: Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat di Royal Pin Woodland, Indianapolis.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang semalam untuk merangkul kejuaraan selepas menewaskan pemain Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir ‘stepladder’.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Li Jane menjadi wakil Asia kedua memenangi kejohanan tersebut selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada 1982.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini adalah menerusi Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada 2008.

Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang USD60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima USD30,000 (kira-kira RM141,500).

Sebelum ini, Li Jane turut merangkul kejuaraan Terbuka Journal Rockford dan Greater Nashville Classic di AS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini