comscore
Tumpuan :
Sukan

Pemain mula tunjuk potensi sebenar – Amin

Amin optimis anak buahnya menampilkan aksi terbaik menentang New Zealand petang esok.- Foto: NSTP

Oleh: Abdullah Sani

PETALING JAYA: Selepas dua sasaran terlepas daripada genggaman,  skuad hoki remaja negara  yang dikendalikan Muhammad Amin Rahim, mahu mengambil peluang terakhir mendudukki  tangga ke-11 sebagai penamat cabaran pada Piala Hoki Dunia Remaja di arena sendiri.

“Kita akan melakukan  yang terbaik menentang New Zealand, persamaannya New Zealanda juga tewas menerusi penentuan shoot-out di tangan Afrika Selatan, kita akan ambil peluang ini, sekurang-kurangnya menjadi penawar selepas tidak layak ke suku akhir dan gagal mendudukki kedudukan terbaik tangga ke-9”, kata Amin ketika dihubungi BuletinTV3 sebentar tadi.

Malaysia bakal menentang New Zealand  jam tiga petang esok di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Menurut Amin, New Zealand menampilkan permainan mirip Australia dan untuk menghadapinya pemain mesti berdisiplin ketika bertahan dan sentiasa berhati-hati menghalang serangan pantas lawan.

“Mereka juga punya  ketajaman dalam menyudahkan pukulan sudut penalti, jalan yang sebaiknya kita jangan bagi mereka ruang untuk mendapatkan sudut penalti,” jelas Amin.

Bagi pasukan negara pula, Amin mahu pemainnya melakukan serangan sebagai satu pasukan dan sentiasa memberi tekanan untuk membuka ruang menjaringkan gol dan  seterusnya  berpeluang mendapatkan pukulan sudut penalti.

Apapun Amin optimis dengan peningkatan yang ditampilkan pemain selepas tewas kepada Belgium.

Pada perlawanan klasifikasi kesembilan sehingga ke-12 itu, Malaysia bangkit mengikat kedudukan 2-2 selepas ketinggalan dua gol namun tidak bernasib tewas 3-5 menerusi penentuan shoot-out.

” Walaupun tewas kepada Belgium saya dapat lihat pemain sudah mula memperlihatkan potensi sebenar mereka dan saya percaya mereka mampu memberi saingan kepada lawan mana sekalipun,” ujar Amin.

Bagaimanapun tambah Amin, untuk mencapai tahap itu, pemain kena menampilkan komitmen 100% di atas padang dan bermain sebagai satu pasukan.

Loading...
Terkini