comscore
Tumpuan :
Sukan

Pembeli boleh tebus semula tiket JDT-Selangor FC

FOTO: JOHOR Southern Tigers / Facebook

PETALING JAYA: JDT selaku tuan rumah perlawanan Piala Sumbangsih mengumumkan penyokong boleh membuat penebusan semula tiket yang telah dibeli.

Dua pilihan diberikan kepada pemegang tiket iaitu hanya menukar kepada perlawanan lain bagi aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, dengan memilih sama ada aksi JDT menentang Negeri Sembilan FC pada 18 Mei ataupun JDT menentang Sri Pahang FC pada 22 Jun depan.

Manakala pilihan kedua adalah, penyokong boleh menuntut semula bayaran harga tiket perlawanan namun ia tidak termasuk caj pemprosesan.

Mekanisma kedua-dua pilihan tersebut akan dimuktamadkan dengan pengendali jualan sebelum dimaklumkan kemudian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini