comscore
Tumpuan :
Sukan

Pemergian mendiang Bill Wolfson kehilangan besar bakat hoki remaja Sarawak

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Pemergian pelatih Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) mendiang Bill Wolfson Lianie, 14 tahun bukan sahaja kehilangan besar buat sukan hoki Sarawak tetapi juga warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penrissen, Kuching.

Menurut Penolong Kanan (PK) Kokurikulum, Dr Aras @ Aris Selutan Arun, berita pemergian mendiang mengejutkan seluruh warga sekolah kerana mendiang seorang pelajar yang mesra dan disenangi ramai.

Tambah Dr Aras, mendiang Bill juga seorang pemain hoki yang mempunyai semangat tinggi dan bercita-cita mahu menyarung jersi kebangsaan.

“Dia ni seorang yang sangat mesra dengan guru dan rakan-rakannya. Apabila kita jumpa dengannya, dia selalu hai dengan cikgu, kadang-kadang dia akan bersalam dengan kita juga apabila jumpa dengan kita.

“Itu merupakan satu sifat yang ada dalam diri mendiang yang kami terasa akan kehilangan adik Bill ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Kuching.

Menurut Dr Aras, kali terakhir bertemu dengan mendiang adalah pada Khamis sebelum mendiang berlepas ke Ipoh untuk mengikuti Klinik Penjaga Gol NHDP di Akademi Hoki Raja Ashman di Ipoh, Perak yang berlangsung pada 5 hingga 6 November lalu.

Jenazah mendiang tiba di Kuching jam 12.45 tengahari dan dituntut oleh ahli keluarga.

Mendiang akan di kebumikan di kampungnya di Kampung Mambung, Jalan Puncak Borneo.

Loading...
Terkini