comscore
Tumpuan :
Sukan

Peminat England tertidur dalam stadium lebih 5 jam

Peminat England memuat naik di laman sosial beliau terjaga di Arena AufSchalke, Gelsenkirchen pada jam 4 pagi. – FOTO: awaydayladsfs / X

LONDON: Seorang penyokong England mendakwa beliau hanya ‘tersedar daripada lena’ di Arena AufSchalke, Gelsenkirchen pada jam 4 pagi keesokan harinya susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan antara Three Lions dan Serbia pada perlawanan Euro 2024, awal pagi semalam.

Dalam satu klip video tersebar di media sosial, seorang penyokong yang tampak keletihan merakam dirinya sendiri di dalam stadium kosong dengan berkata: “Saya baharu sahaja bangun daripada tidur, sekarang jam 4 pagi.”

Penyokong berkenaan turut menyorotkan kameranya untuk menunjukkan kawasan sekitarnya yang nyata tidak disertai individu lain.

Dakwaan itu secara tidak langsung menunjukkan yang kehadiran penyokong berkenaan tidak disedari pihak keselamatan dan pegawai selama lebih lima jam selepas perlawanan dimenangi England 1-0 itu.

Salah seorang daripadanya menulis: “Ini yang akan terjadi apabila anda menonton perlawanan bola ‘Sleepy Southgate'”.

Penyokong England terkandas di Gelsenkirchen selama beberapa jam selepas perlawanan berakhir. – FOTO: Reuters

Dalam pada itu, salah seorang yang memberikan komen menambah: “Kemungkinan lebih baik daripada tersekat di trem Gelsenkirchen.”

Penyokong England terkandas di Gelsenkirchen selama beberapa jam selepas perlawanan berakhir apabila terdapat kekecohan dalam perjalanan pulang.

Penyokong pastinya mengharapkan isu perjalanan dapat ditangani dengan lebih baik apabila skuad kendalian Southgate dijadual bertemu Denmark di Frankfurt, Jumaat ini. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini