comscore
Tumpuan :
Sukan

Penang FC jadi mangsa Harimau Selatan

FOTO: Malaysian Football League / Facebook

Oleh: Saiyed Ismail

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) merakam kemenangan ke lapan Liga Super musim ini dengan membelasah Penang FC 5-0.

Skuad bimbingan Hector Bidoglio itu mendahului 2-0 di separuh masa pertama hasil penyudah Oscar Arribas seawal minit kedua permainan di Stadium Sultan Ibrahim, disusuli penyudah import baharu, Jorge Obregon pada minit ke-42.

Cubaan pelawat memperkukuh permainan selepas rehat meleset, dengan membenarkan Harimau Selatan menyumbat tiga lagi gol.

Obregon menjaringkan gol ketiga pasukan pada mini ke 48, sebelum mereka memperoleh dua lagi jaringan hasil sepakan penalti.

Bergson Da Silva dan Arif Aiman Mohd Hanapi menyempurnakan tugasan pada minit ke-66 dan minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan bergaya, seterusnya mengumpul 25 mata di tangga teratas carta.

Anak buah Akmal Rizal Ahmad Rakhli pula derita membawa pulang kekalahan ketiga selepas sembilan perlawanan dan kekal di posisi ke tujuh dengan 10 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini