comscore
Tumpuan :
Sukan

Penjaga garisan aksi Perak FC & Penang FC digantung – FAM

KUALA LUMPUR: Seorang penjaga garisan yang terbabit dalam aksi Liga Super antara Perak FC dan Penang FC di Stadium Perak, Ipoh, Rabu lalu digantung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata tindakan pengantungan ke atas penjaga garisan terbabit dikenakan sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM yang akan datang.

“Kita mendapat laporan daripada penilai pengadil dan buat masa sekarang kita sudah gantung penjaga garisan itu sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pengadil yang akan datang,” katanya.

Penjaga garisan aksi itu mencetuskan kontroversi selepas membenarkan jaringan ketiga Perak yang dihasilkan Seo Seonung pada minit ke-75.

Seonung tampak berada dalam keadaan ofsaid ketika menerima bola hantaran daripada Sunday Afolabi sebelum dia melakukan rembatan yang menerjah jaring.

Loading...
Terkini