comscore
Tumpuan :
Sukan

Penjaga gol Argentina digantung 2 perlawanan

Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez bersama trofi Copa America selepas aksi kelayakan Piala Dunia menentang Chile di Estadio Mas Monumental, Buenos Aires, Argentina. – FOTO: Reuters

BUENOS AIRES: Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) menggantung penjaga gol Argentina, Emiliano “Dibu” Martinez dua perlawanan kerana ‘kelakuan tidak senonoh’.

Martinez akan terlepas aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Venezuela dan Bolivia pada Oktober.

Penjaga gol Aston Villa itu digantung susulan insiden ketika perlawanan menentang Chile dan Colombia awal bulan ini.

Pada perlawanan menentang Chile – perlawanan pertamanya sejak memenangi Copa America di Amerika Syarikat – Martinez meraikannya dengan aksi tidak senonoh bersama trofi, seperti yang dilakukan ketika dia memenangi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Kemudian selepas kekalahan kepada Colombia, penjaga gol berusia 32 tahun itu melepaskan geram kepada kamera di tepi padang.

“Damian Emiliano Martinez dipersalahkan kerana kelakuan tidak senonohnya dan melanggar prinsip-prinsip fair play,” kata AFA yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini