comscore
Tumpuan :
Sukan

Perancis umum 25 pemain termasuk Benzema dan Varane yang alami kecederaan

Didier Deschamps pertahan senarai 25 pemain Perancis menjelang Piala Dunia Qatar 2022. – Foto Reuters.

Oleh Fariz Zolkarnain

PARIS: Juara bertahan, Perancis mengumumkan senarai pemain ke Piala Dunia Qatar 2022.

Ia adalah senarai “sementara” 25 pemain memandangkan masih ada masa untuk Didier Deschamps menambah seorang lagi pemain, sekiranya ketua jurulatih “Les Bleus” itu memutuskan untuk berbuat demikian.

Apa yang menarik, senarai itu turut termasuk dua pemain yang dilapor mengalami kecederaan iaitu Karim Benzema dan Raphael Varane.

“Mereka bermain terlalu banyak dan dia (Karim Benzema) mempunyai dua masalah untuk ditangani menjelang Piala Dunia.

“Benzema mengharungi masalah ini dengan sangat berwaspada. Tidak ada kebimbangan mengenainya minggu depan.

“Bagi Varane, ia adalah kecederaan yang lebih lama tetapi dia akan bersedia untuk perlawanan pertama menentang Australia jika semuanya baik-baik sahaja,” jelas Deschamps selepas mengumumkan senarai pemain pilihannya.

Perancis, juara 1998 dan 2018 akan membuka saingan kumpulan D menentang Australia pada 22 November, disusuli melawan Denmark (26 November) dan Tunisia, empat hari berselang.

Senarai 25 pemain Perancis ke Piala Dunia Qatar 2022

Penjaga gol – Alphonse Areola, Hugo Lloris, Steve Mandanda.

Pertahanan – Lucas Hernandez, Theo Hernandez, Presnel Kimpembe, Ibrahima Konate, Jules Kounde, Benjamin Pavard, William Saliba, Dayot Upamecano, Raphael Varane.

Tengah – Eduardo Camavinga, Youssouf Fofana, Matteo Guendouzi, Adrien Rabiot, Aurelien Tchouameni, Jordan Veretout.

Penyerang – Karim Benzema, Kingsley Coman, Ousmane Dembele, Olivier Giroud, Antoine Griezmann, Kylian Mbappe, Christopher Nkunku.

Loading...
Terkini