comscore
Tumpuan :
Sukan

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Tahniah, anda kebanggaan Malaysia.

Itu kata-kata ucapan tahniah buat beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang merangkul pingat gangsa dalam acara beregu lelaki di Sukan Olimpik 2020 daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tan Sri Muhyiddin menerusi Facebooknya turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kejurulatihan yang sama-sama memainkan peranan penting dalam meraih pingat sulung buat negara.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasangan Aaron Chia-Wooi Yik, serta barisan kejurulatihan atas sumbangan pingat sulung buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Tokyo ini.

“Pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang diraih malam ini tentunya mampu menyuntik semangat dan memberi motivasi kepada atlet-atlet negara yang lain untuk memburu kilauan pingat seterusnya.

“Buat pasangan muda kita ini, teruskan usaha dan berjuanglah demi negara. Anda telah membuktikan yang negara boleh menaruh harapan kepada anda”, katanya.

Loading...
Terkini